suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang 'Bertuah' Naik Pesawat Seorang Diri

Karen mengambil gambar swafto di sebalik ratusan kerusi yang kosong tanpa penumpang di dalam pesawat.

SEORANG penulis warga Scotland yang membayar hanya £46 (RM256) untuk penerbangan ke Greece 'mendapat' kesemua 189 kerusi di dalam pesawat itu.

Peluang yang mungkin sekali seumur hidup itu selepas penumpang lain yang membuat tempahan bagi penerbangan itu tidak tampil sewaktu berlepas.

Karon Grieve mengambil gambar swafoto menunjukkan barisan kerusi yang kosong dalam penerbangan Jet2 dari Glasgow ke Crete pada Ahad lalu.

Semasa di kaunter daftar masuk, wanita berusia 57 tahun dari Dunlop, Ayrshire itu diberitahu hanya tiga orang termasuk dirinya membuat tempahan bagi penerbangan bermusim itu.

Karen mendapat kesemua 189 tempat duduk di dalam pesawat.

Bagaimanapun dua lagi penumpang tidak muncul, sekali gus menyaksikan Karon sebagai seorang penumpang yang penting, selain diberikan hidangan percuma dan pilihan tempat duduk di dalam pesawat.

Malah juruterbang turut memberikan ucapan secara peribadi kepada dirinya menerusi intercom semasa dalam penerbangan, bagi memberitahu destinasi yang dituju.

Selepas mendarat, Karon tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bagasinya kerana dia mendapatkannya sejurus keluar dari pesawat. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zombie Naik Basikal

Artikel Lain