suria

Tekanan Hutang, Bakar Keluarga Hidup-Hidup

Esakimuthu dibawa masuk ke ambulans untuk mendapatkan rawatan di hospital. Foto CEN/Mail Online

POLIS India menahan seorang ceti haram pada Selasa selepas seorang buruh yang dibebani dengan hutang yang banyak bertindak membakar keluarganya hidup-hidup.

Isteri dan dua anak perempuannya maut selepas disimbah minyak tanah dan dibakar pada Isnin.

Lelaki itu bagaimanapun terselamat dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Pegawai tinggi di daerah Tirunelveli, selatan India, Sandeep Nanduri berkata, lelaki tersebut membuat pinjaman sebanyak £1,600 (RM8,900) pada awal tahun ini untuk modal perniagaan.

Namun dia dipaksa untuk membayar faedah pinjaman yang tinggi.

Lelaki yang dikenali sebagai Esakimuthu itu membayar hampir dua kali ganda daripada nilai pinjaman tetapi peminjam memaksanya membayar lebih £2,300 (RM12,794).

Nanduri berkata, lelaki berkenaan didakwa turut dipaksa pihak polis untuk membayar kadar faedah tambahan sehingga memberi tekanan kepadanya.

"Kita sudahpun memulakan siasatan terhadap tuduhan bahawa terdapat anggota polis dan pihak berkuasa yang tidak membantu lelaki itu.

"Seorang polis telah ditukarkan dan sedang menyiasat tindakan pegawai berkenaan," ujarnya kepada AFP.

Ceti itu telah ditahan dan didakwa melanggar undang-undang kerana mengenakan kadar faedah yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan peminjam hampir membunuh diri. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain