suria

Maafkan Anak Saya - Jutawan Ukraine

JUTAWAN Ukraine yang juga bapa kepada seorang remaja perempuan yang menyebabkan kematian lima individu dan enam yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan anaknya tempoh hari memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Kereta Lexus berwarna hitam yang dipandu Alyona Zaitseva merempuh orang ramai ketika dia melanggar lampu merah di lintasan pejalan kaki di bandar Kharkiv, Ukraine.

Gadis berusia 20 tahun itu dipenjarakan selepas kemalangan itu sementara menunggu siasatan dijalankan.

Ikat jaminnya ditolak menyebabkan bapanya, Vasily Zaitsev, 61, mengeluarkan rayuan penuh emosi mewakili pihak keluarganya.

Vasily dan Tatiana merayu kepada semua keluarga mangsa supaya memaafkan anaknya.

"Insiden menyayat hati itu telah mengorbankan nyawa ramai orang. Kata-kata tidak dapat menggambarkan keganasan dan kesedihan untuk mangsa yang maut dan cedera.

"Saya dan isteri merayu kepada keluarga mangsa supaya memaafkan anak saya," katanya.

Vasily dan isterinya, Tatiana, 40, turut menawarkan wang tunai berjumlah 1.1 juta pound sterling untuk membantu mangsa yang cedera sebagai tanda anak perempuannya bersalah menyebabkan kemalangan itu.

"Kami akan melakukan apa saja untuk keluarga mangsa. Kami juga menyediakan bantuan kewangan. Ia memang dahsyat dan tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan anda apabila kehilangan orang tersayang," katanya.

Alyona Zaitseva, Ukraine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sensasi Penari Runway

Artikel Lain