Jutawan Selepas Hampir Seabad Terima Nota Einstein - Dunia | mStar

Jutawan Selepas Hampir Seabad Terima Nota Einstein

"KEHIDUPAN yang tenang dan sederhana akan membawa lebih kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan serta keresahan yang dihadapi dari semasa ke semasa".

Catatan tulisan tangan Albert Einstein telah dijual pada £1.18 (RM6.56 juta) juta menerusi sesi lelongan baru-baru ini.

Pakar sains fizik itu mencoretkan kata-kata nasihat dalam bahasa Jerman mengenai kebahagiaan dan kejayaan.

Ketika menulisnya, beliau tidak mempunyai wang untuk memberi tip kepada petugas di hotel, jadi ahli sains itu menyerahkan coretan itu sebagai ganti sambil berkata ia akan lebih bernilai jika pekerja hotel itu menyimpannya.

Kira-kira 100 tahun kemudian, ternyata ramalan Einstein benar apabila nota itu menjadikan anak saudara lelaki pekerja hotel itu seorang jutawan apabila dia menghubungi pusat lelongan untuk menjualnya.

Hasil tulisan tangan Einstein itu ditulis ketika menginap di sebuah hotel di Tokyo pada 1922, selepas dimaklumkan bakal menerima Hadiah Nobel dalam bidang fizik.

Pusat Lelongan dan Pameran Winner di Baitulmaqdis telah menganjurkan acara melelong nota itu bersama satu lagi catatan Einstein berbunyi: "Dimana ada kemahuan di situ ada jalan."

Nota kebahagiaan yang dijangka dapat dijual antara $5,000 (£3,809) dan $8,000 (£6,094) itu bagaimanapun telah mendapat tawaran harga yang lebih tinggi.

Sehingga kini identiti pembeli nota berkenaan yang dikatakan dibuat secara dalam talian dari Eropah tidak didedahkan.

Einstein , Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maafkan Anak Saya - Jutawan Ukraine

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain