suria

Gadis ‘Restu’ Badut ‘It’ Hadir Majlis Pertunangan

McLaren menyunting gambar pertunangan adik perempuannya dengan memasukkan kelibat Badut Pennywise. - Twitter/McJesse

BAGI mereka yang pernah menonton filem thriller seram badut 'It', tiada apa yang lebih menakutkan apabila melihat kelibat karakter itu dalam gambar peribadi.

Lebih-lebih lagi jika ia sebuah gambar yang amat bermakna seperti gambar pertunangan.

Kakitangan laman berita BuzzFeed, Jesse McLaren secara rahsia  bertindak menyunting kelibat Pennywise ke atas gambar pertunangan adik perempuannya dan berkongsi gambar tersebut di Twitter.

"Adik saya meminta saya untuk merakamkan gambar untuk majlis pertunangannya, jadi saya sorokkan Badut Pennywise pada setiap gambar.

Kelibat Pennywise yang disunting dalam salah satu gambar pertunangan adiknya.

"Countdown sehingga dia perasan (gambar yang disunting)," tulisnya.

Susulan gambar tersebut yang tular di Twitter, gadis 'malang' tersebut memberikan reaksi seakan-akan merestui perbuatan abangnya itu.

"Saya betul-betul harap abang dapat bantuan yang diperlukan dan saya sangat mahu gunakan ini (gambar yang disunting)," tulisnya melalui khidmat pesanan ringkas yang kemudian dikongsikan oleh McLaren ke Instagram.

Berdasarkan gambar tersebut, kelibat badut menakutkan itu kelihatan benar-benar berada di lokasi kejadian ketika ia dirakamkan. - Huffington Post

Pennywise, It

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain