Dilarang Masuk Kerana Kemeja-T Minnie Mouse - Dunia | mStar

Dilarang Masuk Kerana Kemeja-T Minnie Mouse

HANYA kerana memakai kemeja-t dengan karikatur Minnie Mouse, sebilangan ahli keluarga dilarang memasuki ruang rehat di Lapangan Terbang Manchester.

Emma Raikes berkunjung ke Disney World di Florida bersama keluarganya pada Isnin dan membayar lebih untuk ahli keluarganya memasuki ruangan rehat sebelum penerbangan mereka.

Namun, apabila dia hendak melangkah masuk ke Aspire Lounge, pekerja di situ tidak membenarkan mereka masuk.

Ibu Emma, Jane Walshaw membayar sebanyak £700 (RM3,894) untuk menempah ruangan rehat itu demi percutian keluarga mereka, lapor Manchester Evening News.

Emma berkata, mereka tidak dibenarkan masuk kerana baju Minie Mouse yang tertulis nama mereka. Mereka hanya dibenarkan masuk jika bersetuju untuk memakai jumper.

Swissport yang merupakan pemilik dan pengurus ruangan itu meminta maaf dan berkata pekerja mereka akan diberitahu semula mengenai tatacara pemakaian yang dibenarkan.

“Kami sangat kecewa dan tidak rasa bahawa T-shirt Minnie Mouse yang tertulis nama kami itu sebagai perkara yang salah,” kata Emma.

“Anak saudara saya menangis kelaparan.

“Mereka akhirnya membenarkan kami masuk selepas bersetuju untuk memakai jumper.

“Kami pernah memasuki ruangan rehat itu dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Menurut jurucakap Swissport, ruang rehat itu ada ketetapan tatacara pemakaian iaitu dibenarkan  pakaian kasual yang kemas dan tidak dibenarkan memakai t-shirt, pakaian sukan dan gaun.

“Ketika insiden itu, pekerja kami bersalah kerana menyuruh mereka memakai baju lain untuk menutup t-shirt mereka.

“Kami meminta-maaf kepada keluarga itu dan mahu menyelesaikan perkara ini.

“Semua pekerja di Manchester Aspire Lounge akan diberitahu semula mengenai tatacara pemakaian untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Minnie Mouse , Aspire Lounge

Artikel Sebelum

Najis Tikus Bersepah Di Restoran Piza

Artikel Berikut

Tak Agak-Agak Budak Ni Pun!

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain