suria

Lelaki Merokok Di Bulan Ramadan Kena Penjara

Sebuah mahkamah di Tunisia menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang lelaki yang merokok di kawasan awam ketika bulan Ramadan. INQUIRER FILE/NINO JESUS ORBETA.

TUNISIA: Sebuah mahkamah di Tunisia pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang lelaki yang merokok di kawasan awam ketika bulan Ramadan, kata seorang sumber.

Lelaki itu dilihat merokok di luar Mahkamah Bizerte oleh seorang pegawai kehakiman yang kemudiannya memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihak polis.

Polis menahan lelaki berkenaan itu dan membawanya untuk dikenakan hukuman, kata seorang jurucakap, Chokri Lahmar kepada AFP.

Beliau berkata, lelaki terbabit mempunyai tempoh selama 10 hari sebelum hukuman itu berkuatkuasa.

Pada 1 Jun lalu, empat lelaki dihukum penjara selama sebulan kerana makan di kawasan awam pada bulan Ramadan.

Walaupun tiada undang-undang yang menghalang sesiapa makan dan minum di tempat awam sepanjang Ramadan, namun isu yang sama masih berlaku pada setiap tahun.

Perlembagaan Tunisia memberi jaminan kepada "kebebasan kepercayaan dan suara hati", tetapi negeri itu juga merupakan "penjaga agama".

Ramadan, Tunisia

Artikel Berikut

Rumah Apakah Ini ?

Artikel Lain