suria

Bencana Alam Badai Turki

ISTANBUL: Bangunan runtuh dan laluan utama terputus akibat gempa bumi 6.3 magnitud melanda perairan barat Turki dan Kepulauan Lesbos di Greece, lewat Isnin.

Komander Bomba, Marios Apostolides berkata, kira-kira 10 orang disahkan cedera, manakala seorang wanita dilaporkan terperangkap dalam runtuhan rumahnya.

Laporan Reuters menyebut, laman web Pusat Seismologi Eropah-Meditterranean (EMSC) menyebut, gempa itu berpusat kira-kira 84 kilometer di barat laut wilayah Izmir.

Kesan gegaran dirasai hingga ke Athens, kira-kira 367 kilometer di barat daya kepulauan berkenaan.

Kerosakan besar turut dikesan di beberapa perkampungan di Lesbos yang berdepan krisis kebanjiran pelarian dua tahun lalu apabila ia menjadi pintu masuk ke Eropah.

Selain itu, AFP melaporkan Penyelia Perkhidmatan Kebakaran Wilayah, Marios Apostolides memaklumkan puluhan rumah runtuh dan jalan raya di kawasan kampung itu dihalang akibat bencana itu.

"Kami sedang berusaha mengeluarkan seorang mangsa wanita yang terperangkap dalam runtuhan di Vrisa," katanya.




Turki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain