suria

Pesawat Berpatah Balik Akibat Enjin Meletup

ANGGOTA penyelamat melihat kerosakan pada bahagian enjin pesawat Airbus A330.

BEIJING: sebuah pesawat milik syarikat China Eastern terpaksa berpatah semula sebaik berlepas dari Sydney selepas krew penerbangan mendapati terdapat lubang pada enjin pesawat berkenaan.

Beberapa foto yang disiarkan portal Mail Online menunjukkan, lubang besar terbentuk pada bingkai enjin pesawat jenis Airbus A330 yang berlepas pukul 8.30 malam Ahad.

Penerbangan MU736 yang menuju ke Shanghai baru memasuki ruang angkasa Bulli kira-kira 70 kilometer dari selatan Sydney sebelum ia membuat panggilan kecemasan kepada pihak Lapangan Terbang Sydney.

Penumpang pesawat itu mendakwa, mereka mendengar bunyi kuat atau letupan selepas pesawat yang boleh membawa 297 penumpang itu berlepas.

Kerosakan yang teruk pada bingkai enjin pesawat China Eastern.

Ramai punumpang juga merasakan pesawat itu bergegar sebaik sahaja berlepas.

Malah letupan berkenaan dikatakan sangat kuat sehingga penduduk di barat Sydney boleh mendengar bunyi tersebut.

Pesawat itu terpaksa berlegar-legar di ruang udara selama sejam untuk membuang minyak sebelum mendarat dengan selamat.

Punca sebenar kerosakan masih belum diketahui dan siasatan masih dijalankan.

Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Pesawat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain