suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Lompat Keluar Teksi

Mangsa yang melompat keluar dari teksi kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital. Foto LIANHE WANBAO

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas dilaporkan melompat keluar dari sebuah teksi yang sedang bergerak di Bedok Reservoir Road pada awal pagi Sabtu.

The Straits Times difahamkan bahawa lelaki terbabit bersama seorang wanita di dalam teksi ketika kejadian berlaku.

Menurut Lianhe Wanbao dalam satu laporan pada Sabtu, mangsa dilaporkan melompat keluar selepas bertengkar dengan wanita itu.

Polis memberitahu ST bahawa mereka menerima panggilan berhubung insiden di Bedok Reservoir Road pada kira-kira pukul 4.04 pagi Sabtu.

"Lelaki berusia 22 tahun yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Besar Changi dan dia kemudiannya disahkan meninggal dunia," kata seorang jurucakap polis.

Polis menyiasat kes tersebut sebagai mati mengejut. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Lain