suria

Jemputan Keluarga Islam Manchester Buat Jiran Terpikat

SERANGAN pengebom nekad di Manchester Arena pada konsert Ariana Grande, akhir Mei dan kejadian di London Bridge pada 3 Jun lalu telah menggegarkan dunia.

Berikutan serangan pengganas itu, lebih 130 imam sepakat untuk tidak melakukan solat jenazah ke atas penyerang tersebut.

Bukan sahaja sedih dengan tragedi itu, malahan kata mereka: “Ini kerana perbuatan terkutuk itu sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.”

Kenyataan itu mendapat pujian di media sosial, namun ada  yang menyatakan pentingnya mengekalkan aspek perpaduan.

Seorang pengguna aplikasi Reddit telah berkongsi tentang mesej yang beremosi dari kejiranan Islam itu selepas insiden malang di Manchester.

Surat yang ditulis berbunyi:“Dijemput berbuka puasa bersama kami ketika fajar menjelang dan menadah doa untuk mereka yang telah diragut nyawa di seluruh dunia."

Ternyata jemputan yang disebarkan menerusi atas talian untuk iftar bersama telah menawan hati jiran mereka.

Surat itu telah menerima lebih 40,000 like. Malahan, ramai yang telah berkongsi pengalaman mereka.

Pengguna aplikasi Reddit, Pippabeemine menulis: “Saya mempunyai ramai jiran Islam dan mereka sentiasa mengajak saya dan keluarga berbuka puasa bersama-sama. Tahun lepas, mereka membeli hidangan untuk kami iaitu ayam pedas,nasi dan sayur campur. Ianya sangat seronok. Mereka adalah orang yang baik, sangat baik.”

“Bertahun-tahun yang lalu, saya mempunyai jiran Turki yang membelikan kami puding tradisional Turki pada waktu petang, dia tidak memberitahu apa-apa mengenai Islam atau Ramadan, tetapi selepas difikir semula, saya rasa itu yang dia sedang lakukan. Tidak mengetahui mereka sedang berpuasa, saya cuba untuk membalas budi mereka dengan membuat traditional Turkish shortbread cookies (yang agak sedap)...sebelum dikomen oleh pengguna yang lain."



Manchester, Islam

Artikel Sebelum

Maut Lompat Keluar Teksi

Artikel Lain