suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu Ariana Grande Iringi Pengebumian Mangsa

Risalah bagi memberi penghormatan buat mangsa serangan Manchester, Eilidh MacLeod sewaktu majlis pengebumiannya di sebuah gereja di Barra, Scotland pada Isnin. Foto Reuters

LAGU bintang pop Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande mengiringi upacara pengebumian mangsa serangan Manchester, Eilidh MacLeod.

Eilidh, 14, yang berasal dari sebuah pulau di Scotland, Barra merupakan antara 22 mangsa terbunuh dalam insiden berdarah di Manchester Arena pada 22 Mei lalu.

Semasa kejadian, remaja tersebut pergi menyaksikan konsert Ariana Grande bersama rakannya, Laura MacIntyre.

Laura mengalami kecederaan di dalam serangan pengganas, Salman Abedi, yang turut mencederakan lebih 110 mangsa lain.

Majlis pengebumian Eilidh merupakan yang pertama bagi mangsa serangan Manchester dan ia diadakan di Gereja 'Our Lady, Star of the Sea' di Castlebay pada Isnin. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain