suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drama Tebusan Berakhir, Suspek Ditembak Mati

SYDNEY: Polis Australia pada Isnin menembak mati seorang lelaki yang menjadikan seorang wanita sebagai tebusan di sebuah apartmen di Melbourne.

Wanita itu selamat selepas berjaya melarikan dirinya tetapi tiga pegawai polis cedera semasa melakukan serbuan di apartmen tersebut.

Pihak berkuasa masih belum menentukan sama ada kejadian itu ada kaitan dengan unsur keganasan.

"Polis telah menyelesaikan drama tebusan di sebuah blok apartmen di Brighton.

"Seorang lelaki telah ditembak mati oleh polis di apartmen Bay Street sebelum pukul 6 petang.

"Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dijadikan tebusan di kediamannya," kata polis Victoria dalam satu kenyataan.

Polis turut mengulas mengenai laporan berlaku letupan di apartmen tersebut sebelum drama tebusan yang menyaksikan mayat seorang lelaki ditemui di lobi premis berkenaan.

"Mayat seorang lelaki lain dengan kesan tembakan ditemui di lobi apartmen itu selepas pukul 4 petang.

"Polis sedang menyiasat sama ada kejadian itu ada kaitan dengan keganasan," katanya.

drama tebusan, Bay Street

Artikel Sebelum

Artikel Lain