suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Etihad Gantung Penerbangan Ke/Dari Qatar Mulai Selasa

DUBAI: Etihad Airways, syarikat penerbangan milik Abu Dhabi berkata, ia akan menggantung semua penerbangan dari dan ke Doha bermula pagi Selasa sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap syarikat penerbangan dalam satu emel memberitahu, penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha akan berlepas pada pukul 2.45 pagi Selasa waktu tempatan.

Langkah itu susulan Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan dengan Qatar, yang didakwa menyokong keganasan.

Menurut Etihad, penerbangan mereka pada Isnin beroperasi seperti biasa. - Reuters


Artikel Berikut

Artikel Lain