suria

12 Suspek Ditahan Serangan London Bridge

LONDON: Seramai 12 suspek ditahan berhubung serangan di London pada Sabtu malam, kata polis.

Kejadian amuk yang berlaku di London Bridge itu dilakukan tiga lelaki yang menaiki sebuah van dan memakai jaket bunuh diri palsu.

Ia merupakan serangan ketiga yang mengakibatkan kematian di Britain dalam tempoh tiga berlaku dan yang terbaharu hanya beberapa hari sebelum pilihan raya mengejut negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan tujuh orang maut dan 48 lagi cedera, dengan sebahagiannya dalam keadaan kritikal.

Penahanan 12 suspek itu dibuat di pinggir timur London, Barking.

Sky News melaporkan bahawa polis mengadakan serbuan ke atas sebuah premis yang dimiliki salah seorang suspek pembunuh. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain