suria

Roda Basikal Tersekat, Pelajar Malaysia Maut Dilanggar

Soh Zhi Min maut gara-gara roda basikalnya tersekat pada landasan trem di Edinburgh. - Gambar hiasan

PELAJAR perubatan Malaysia maut di Scotland selepas dilanggar oleh sebuah bas ketika roda basikalnya tersekat pada landasan trem pada Rabu.

Menurut laporan polis Edinburgh, identiti mangsa yang telah mengenal pasti itu ialah Soh Zhi Min, 23.

Soh, dari Puchong, telah dibawa ke Hospital Diraja untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia tidak lama selepas kejadian itu, pagi Rabu.

Sarjan Polis dari unit polis Edinburgh, Fraser Wood berkata, ramai saksi telah tampil ke dan polis akan merekod semua keterangan.

"Ini adalah kejadian tragis dan doa kami ditujukan buat keluarga dan kawan-kawan Zhi Min kerana mereka telah kehilangan insan tersayang," katanya kepada Edinburgh Evening News.

Menurut laporan itu, Pengarah Universiti Edinburgh bagi pengajian ijazah perubatan, Dr. David Kluth mendedahkan bahawa Soh sebagai pelajar yang berbakat, bijaksana dan gemar membantu orang lain.

"Dia akan sentiasa dikenang oleh warga sekolah perubatan. Kami melahirkan rasa simpati kepada keluarga dan rakan-rakannya. Kita semua telah kehilangan bintang yang memiliki masa depan cerah, "katanya.

Soh Zhi Min, pelajar Malaysia

Artikel Berikut

Derita Barah Ali Terbela

Artikel Lain