suria

Derita Barah Ali Terbela

PENDERITAAN seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun akibat ketumbuhan luar biasa pada mata kanannya menarik perhatian ramai.

Terkini, DailyMail melaporkan petinju Amir Khan tampil menawarkan bantuan untuk membiayai rawatan bagi menyelamatkan nyawa budak lelaki yang disyaki menghidap barah itu.

Bekas juara dunia itu menyatakan hasratnya menerusi laman Facebook dengan meminta maklumat berkaitan Ali Hassan selepas rayuan dihebahkan di beberapa platform baru-baru ini.

Amir Khan yang memiliki darah Pakitan memberitahu empat juga pengikutnya di Facebook: "Saya baru saja bercakap dengan bapa Ali di Pakistan dan memaklumkan Yayasan Amir Khan akan menghulurkan bantuan."

Kenyataan itu telah mendapat lebih 11,000 netizen yang sukakannya, selain ratusan komen.

Yayasan Amir Khan ditubuhkan pada 2014 bagi membantu golongan muda miskin daripada segi pendidikan dan dapat meneruskan kehidupan dengan meminum air bersih.

Sementara itu, di LAHORE, Ali tinggal di sebuah perkampungan terpencil di wilayah timur Pakistan merayu rawatan segera kerana ketumbuhan berkenaan boleh membawa maut.

Ketumbuhan pada wajah kanak-kanak itu juga merebak dengan cepat hingga turut menjejaskan hidung dan mulutnya. Keadaan itu juga menyebabkan Ali sukar bernafas dan bercakap.

Bapanya, Muhammad Mansha memberitahu, dia membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Lahore tetapi hospital di bandar itu tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

Seorang doktor, Mary Lowth memberitahu, kanak-kanak itu mungkin menghidap sejenis ketumbuhan yang dikenali sebagai Retinoblastoma.

Retinoblastoma adalah sejenis kanser mata yang dipercayai menjejaskan satu daripada setiap 20,000 kelahiran dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Menurutnya, Retinoblastoma adalah kanser pada kanak-kanak yang jarang ditemui dan sangat agresif.
Ali Hassan, Amir Khan

Artikel Berikut

Kejutan Ariana Grande

Artikel Lain