Saya Payungkan Raja Salman, Tapi China Dapat Lebih Pelaburan - Jokowi - Dunia | mStar

Saya Payungkan Raja Salman, Tapi China Dapat Lebih Pelaburan - Jokowi

Raja Salman dan Jokowi sewaktu berjalan semasa hujan lebat di Istana Presiden di Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada 1 Mac lalu. Foto Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko "Jokowi" Widodo kecewa apabila mendapat tahu Arab Saudi melabur sebanyak AS$65 bilion (RM285 bilion) di China, hampir 10 kali ganda 89 trilion rupiah (RM30 juta) yang dilaburkan ke Indonesia, walaupun beliau memberikan 'layanan istimewa' kepada Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud semasa kunjungan baginda ke negara itu bulan lalu.

"Pelaburan (Arab Saudi) di Indonesia besar, tetapi saya terkejut apabila baginda berkunjung ke China, baginda menantangani (kontrak melebihi) 870 trilion rupiah," kata Jokowi semasa lawatannya ke Buntet Pesantren (sekolah agama berasrama) di Cirebon, Jawa Barat pada Khamis lalu.

"Malah, saya payungkan untuk baginda, tetapi kita dapat jumlah yang lebih kecil. Saya sedikit kecewa, hanya sedikit," tambah presiden.

Jokowi berkata demikian merujuk kepada kunjungan Raja Salman ke Istana Bogor di Jawa Barat pada 1 Mac lalu, bagi menyambut rombongan Arab Saudi semasa hujan lebat. 

Jokowi membantu memegang payung untuk Raja Arab Saudi sehingga tindakan itu mendapat pujian ramai.

Secara umum, layanan kepada kunjungan Raja Arab Saudi dikira istimewa. 

Jokowi sendiri menyambut Raja Salman sewaktu ketibaan baginda di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur. 

Itu belum lagi dengan sambutan polis dan tentera berkuda, yang jarang-jarang dilihat semasa kunjungan mana-mana tetamu negara yang lain.

Jokowi bagaimanapun berjanji akan membuat panggilan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad bin Salman Al Saud bagi mengadakan perbincangan secara lanjut berhubung pelaburan. 

Lawatan Raja Salman mencatatkan sejarah kerana ia merupakan kunjungan pertama Raja Arab Saudi ke Indonesia dalam tempoh 47 tahun. – The Jakarta Post/Asia News Network

Artikel Sebelum

Bumi Hampir Dilanggar Asteroid - NASA

Artikel Berikut

Didenda RM45,835 Gara-Gara Niqab

Artikel Berkaitan

Nenek 95 Tahun Model Internet Sensasi

Ku Sangkakan Kebal...

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain