suria

Jokowi Kekal Popular Dalam Kalangan Rakyat

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo masih kekal popular dalam kalangan rakyat walaupun menerima kritikan dan menimbulkan kemarahan umum berhubung beberapa keputusan kontroversi.

Sejak beberapa bulan lalu, Joko atau lebih mesra dipanggil Jokowi, dikritik teruk termasuk isu pemecatan bekas Menteri Sumber dan Tenaga Arcandra Tahar yang didapati memiliki dua kerakyatan iaitu Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu program pengecualian cukai yang diperkenalkan Jokowi turut menerima kecaman.

Bagaimanapun, di sebalik kontroversi yang tercetus, tinjauan awam oleh Pusat Kajian Hal Ehwal Strategik dan Antarabangsa (CSIS) mendapati majoriti rakyat Indonesia masih berpuas hati dengan prestasi Jokowi memimpin kerajaan.

Daripada 1,000 responden yang ditemuramah oleh CSIS, sebanyak 66.5 peratus menyatakan bersetuju dengan cara Jokowi mengendalikan negara, sekali gus menunjukkan peningkatan 10.1 peratus populariti berbanding tahun lalu.

Kajian itu juga mendapati keyakinan rakyat terhadap Jokowi bertambah susulan kemajuan yang dicapai dalam empat sektor iaitu ekonomi, perundangan, politik dan maritim.

Penyelidik CSIS, Arya Fernandes berkata, ramai responden berpuas hati dengan program utama Jokowi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan menerusi Agensi Keselamatan Sosial dan Kesihatan, Agensi keselamatan Sosial Pekerja, kad Kesihatan Indonesia, Kad Pintar Indonesia dan Kad Keluarga Makmur.

"Majoriti rakyat merasakan perkhidmatan tersebut memberi kebaikan kepada mereka," katanya seperti dilaporkan portal Jakarta Post pada Selasa.

Jokowi, Populariti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nyaris Maut Akibat Tunjuk Berani

Artikel Lain