suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Lima Tahun Cabut Gigi Guna Panah

MISSOURI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun mempamerkan keberaniannya mencabut gigi sendiri dengan cara yang ekstrem iaitu menggunakan panah.

Portal Mirror melaporkan, aksi berani itu dirakam sendiri oleh ayahnya baru-baru ini yang menunjukkan kanak-kanak terbabit, Addison Gibs mengikat tali pada gigi yang hendak dicabut, bersambung pada anak panah.

Kemudiannya, Addison berkata, dia mahu mencabut gigi depan di bahagian bawah kerana ia sudah longgar dan sudah berdarah.

Turut kedengaran suara arahnya, Alex mengarahkan Addison mengacukan anak panah tersebut pada pokok.

Walaupun berdepan kesukaran untuk menggunakan panah tersebut, budak perempuan itu memberanikan diri untuk menarik anak panah sebelum melepaskannya, menyebabkan gigi yang longgar tertanggal serta-merta.

Malah Addisson berkata, dia tidak mengalami rasa sakit dengan cara ekstrem tersebut.


Menurut Alex, anaknya sendiri yang mengambil keputusan untuk mencabut gigi dengan cara sedemikian.

"Gigi Addison sudah longgar dan saya masih memikirkan cara yang cepat dan kurang menyakitkan untuk mencabutnya.

'Saya berasa bangga dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Addison," kata lelaki itu yang tinggal di Missouri, Amerika Syarikat.

Cabut Gigi, Panah

Artikel Lain