suria

Kawal Pencemaran, Lebih Sejuta Kereta Dilarang Masuki New Delhi

NEW DELHI: Lebih satu juta kereta persendirian dilarang memasuki laluan di sekitar New Delhi pada Jumaat.

Ini berikutan pihak berkuasa memperkenalkan langkah drastik untuk mengurangkan paras asap tebal di bandaraya paling tercemar di dunia itu.

Bermula pukul 8 pagi Jumaat, kereta dengan nombor pendaftaran ganjil hanya akan dibenarkan memasuki bandaraya itu pada tarikh bernombor ganjil.

Bagi kereta dengan nombor pendaftaran genap pula, pemiliknya boleh melalui jalan tersebut pada tarikh sebaliknya kecuali pada Ahad apabila peraturan tidak digunapakai.

Perintah larangan itu akan berkuatkuasa sehingga 15 Januari ini sebagai tempoh percubaan.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan tahap pencemaran termasuk menutup beberapa loji kuasa arang batu untuk mengurangkan debu.

Pihak berkuasa New Delhi berkata mereka akan memperkenalkan langkah berterusan sekiranya pendekatan tersebut berjaya.

Malah, Ketua Menterinya, Arvind Kejriwal turut berjanji bahawa beliau dan menteri lain akan berkongsi kereta.

"Rancangan ini hanya akan berjaya apabila ia dikuatkuasakan secara besar-besaran, apabila orang ramai mahu mematuhi arahan tersebut secara ikhlas," katanya.





New Delhi, pencemaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain