suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejabat Cameron Siasat Dakwaan Muslim Britain Dilarang Masuk AS

PEJABAT Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) menghalang keluarga Islam negara itu ke Disneyland untuk bercuti.

Pemimpin pembangkang Parti Buruh, Stella Creasy berkata, pihak berkuasa AS tidak memberi sebarang alasan ketika menolak pengundinya menaiki pesawat daripada Lapangan Terbang Gatwick.

Beliau memberitahu akhbar The Guardian, ia adalah sebahagian daripada kesan yang dilalui Islam Britain kerana kurangnya maklumat yang diperoleh pihak berkuasa AS kerana perasaan tidak puas hati terhadap umat Islam dunia.

Isu sensitif ini dimarakkan lagi apabila calon Presiden AS, Donald Trump meminta supaya umat Islam diharamkan sementara daripada melawat negara itu susulan serangan pengganas.

Pejabat Cameron berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu.

Bagaimanapun, setakat ini, pihak Kedutaan AS enggan memberi sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

David Cameron, Disneyland, Britain, Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain