suria

Blatter Patut Diberi Hadiah Nobel Keamanan - Putin

Sepp Blatter.

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, Presiden Badan Pentadbir Bola Sepak Dunia (FIFA) yang digantung tugas, Sepp Blatter perlu diberi Hadiah Nobel Keamanan.

Blatter kini sedang disiasat atas tuduhan rasuah sepanjang mentadbir badan induk dunia itu.

"Beliau patut diberi Hadiah Nobel Kemenangan kerana memberi sumbangan besar dalam bidang kemanusiaan," kata Putin merujuk kepada Blatter.

Putin turut tidak menolak kemungkinan wujud komplot di belakang tabir dalam siasatan berkenaan.

Blatter kini berdepan siasatan jenayah di Switzerland membabitkan pembayaran wang Swiss francs 2 juta kepada Naib Presiden, Michel Platini pada 2011 untuk kerja yang sudah dibuat sedekad lalu.

Beliau dan Platini masing-masing sedang menjalani hukuman penggantungan selama 90 hari daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak berikutan siasatan berkenaan.

Badan induk bola sepak dunia itu akan mengundi untuk pemilihan presiden baharu pada 26 Februari depan. - AFP

Sepp Blatter, FIFA, Vladimir Putin

Artikel Sebelum

Cristiano Ronaldo Buka Hotel CR7

Artikel Lain