suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taliban Dakwa Lakukan Serangan Bom Dekat Kedutaan Sepanyol

Pasukan polis Afghanistan tiba di lokasi serangan Taliban di Kabul pada Jumaat. Foto Reuters

KABUL: Kumpulan militan Taliban mendakwa melakukan serangan bom kereta di rumah tetamu dekat kedutaan Sepanyol di Kabul pada Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang pegawai keselamatan.

Dilaporkan tembakan berlaku sejurus selepas letupan, apabila Taliban dikatakan menjadikan rumah tetamu yang dihubungkan ke kedutaan sebagai saaran.

Lokasi kejadian turut berhampiran dengan banyak kedutaan asing lain, bangunan kerajaan dan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB).

Seorang jurucakap untuk kementerian luar Sepanyol berkata, satu letupan berlaku di kedutaan itu yang terletak di luar "zon hijau".

Bagaimanapun, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy kemudiannya berkata, serangan itu tidak menyasarkan kedutaan tetapi rumah tetamu.

Seorang jurucakap Taliban berkata, serangan itu menyasarkan sebuah "rumah tetamu penceroboh". - Reuters


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain