suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS Dedah Video Bayangan Adakan Serangan Di Colosseum

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) mendedahkan video baharu yang memberi bayangan tentang pertarungan akhir mereka di Barat, dengan memaparkan anggotanya menuju ke salah satu mercu tanda terkenal dunia, Colosseum di Rom, Itali.

Portal Mirror melaporkan rakaman video yang dinamakan sebagai 'Meeting at Dabiq' itu memberi tumpuan kepada pertempuran maut bagi menguasai dunia, di mana puak militan IS akan melakukan serangan ke atas ibu negara Itali.

Salah satu rakaman itu menunjukkan 60 bendera negara dunia yang dikatakan mewakili negara-negara yang didakwa kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) untuk mengadakan peperangan, termasuk Britain, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, terdapat juga rakaman yang telah diedit menunjukkan tentera ISIS menuju ke Colosseum.

Narator bagi rakaman itu menggambarkan bagaimana militan akan memusnahkan tapak berkenaan.

Selain itu, tumpuan popular pelancong di St Peter's Basilica di Vatican City turut dipaparkan dalam video berkenaan.

IS, ISIS

Artikel Lain