suria

Pusat Beli-Belah Di Britain Ditutup, Bungkusan Mencurigakan Ditemui

SEKUMPULAN pakar pemusnah bom menjalankan pemeriksaan bahan letupan selepas sebuah bungkusan mencurigakan ditemui di salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Britain.

Gedung membeli-belah Bluewater di Kent menjalankan proses pemindahan ratusan pengunjung kira-kira pukul 9 malam Sabtu (5 pagi Ahad waktu Malaysia).

Seorang jurucakap Bluewater berkata" "Susulan laporan mengenai bungkusan berkenaan, kita telah menutup kawasan ini bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan. Kita bekerjasama dengan Polis Kent."

Ia merupakan kejadian yang kedua berlaku dalam tempoh dua hari apabila pusat membeli-belah berkenaan dikosongkan kerana kecemasan.

Jumaat lalu, satu kebakaran berlaku di salah sebuah bahagian pusat membeli-belah itu yang terletak di Greenhithe, Kent di England.

Pihak Bluewater kemudian mengumumkan bahawa kebakaran itu berlaku akibat masalah elektrik.

Seorang jurucakap Polis Kent berkata: "Polis Kent bekerjasama dengan bahagian keselamatan pusat membeli-belah Bluewater selepas satu bungkusan mencurigakan ditemui.

"Beberapa kedai telah melalui proses pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga. Pemeriksaan sedang dijalankan." - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain