suria

Serangan Paris: Pengganas Berpecah Kepada Tiga Pasukan

Pasukan keselamatan Perancis mengawal ketat Menara Eiffel yang sentiasa menjadi destinasi pelancongan di negara itu.

PARIS: Penyerang yang mengakibatkan 129 terkorban dalam tembakan dan pengemboman di kota raya ini berpecah kepada tiga pasukan bersenjata yang lengkap dengan senapang dan bahan letupan berkuasa tinggi.

Satu daripadanya melepaskan tembakan secara rambang ketika konsert rock sedang berlangsung.

"Setakat ini, hasil siasatan mendapati penyerang yang bertindak kejam itu berpecah kepada tiga kumpulan.

Tujuh pengganas maut susulan tindakan jenayah mereka itu," kata Pendakwa Raya Paris, Francois Molins pada sidang media.

Molin juga mengesahkan pihak berkuasa Perancis mempunyai fail keselamatan melibatkan seorang daripada penyerang yang maut itu, seorang warganegara itu yang mempunyai rekod jenayah tetapi belum pernah menjalani hukuman penjara.

Pendakwa raya berkata, buruan terhadap suspek juga membabitkan negara jiran, Belgium selepas rakyat Perancis menyewa kereta yang digunakan dalam serangan itu dikesan bersama dua yang lain di sempadan negara itu pada Sabtu pagi.

Ketiga-tiganya ditahan pihak berkuasa Belgium, bagaimana tiada di antara mereka yang diketahui pihak risikan Perancis.

Selain itu, katanya, 352 yang lain didapati cedera dengan sekurang-kurangnnya 99 mengalami kecederaan serius.



Paris, Francois Molins, Belgium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain