suria

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Hadir Majlis Peringati Nahas MH17

Abbott (tengah) dan isterinya Margaret hadir pada majlis memperingati mangsa nahas MH17 di Canberra.

MELBOURNE: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datuk Zainal Abidin Ahmad adalah antara orang kenamaan dan keluarga yang berkumpul di Bangunan Parlimen di Canberra pada Jumaat untuk menghadiri majlis memperingati ulang tahun pertama nahas Penerbangan MH17 Malaysia Airlines.

Sebelum bermulanya upacara peringatan negara di Great Hall itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott merasmikan plak peringatan di sebuah taman berhampiran, yang mengabadikan nama 38 rakyat dan penduduk Australia, yang terbunuh dalam tragedi berkenaan.

The Australian Associated Press (AAP) melaporkan tapak plak peringatan itu ditanam di dalam tanah yang dibawa pulang oleh seorang pegawai polis Australia dari tapak nahas berhampiran Donetsk, tidak jauh dari sempadan Ukraine-Rusia.

Selain Zainal Abidin, majlis itu juga dihadiri wakil diplomatik daripada beberapa negara yang rakyatnya turut terkorban dalam nahas berkenaan.

Abbott mengenali keluarga mangsa, yang telah menanggung penderitaan sejak setahun lepas.

"Setiap saat, ibu bapa, anak, adik-beradik dan rakan yang terlibat, hadir dalam ingatan anda, tetapi sedihnya, tidak lagi wujud di sisi anda," katanya kepada lebih 500 orang yang hadir pada majlis itu dalam keadaan cuaca suram.

Ketua Pembangkang, Bill Shorten berkongsi perasaan Abbot apabila beliau berkata: "Kesedihan adalah emosi yang sentiasa menghantui diri anda. Ia akan datang di belakang anda seperti ombak yang tidak diundang."

MH17, Australia, Tony Abbott

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain