suria

Orang Ramai Panik Lihat Lelaki Bawa Bendera IS

ORANG ramai termasuk pelancong yang berada di depan Parlimen British terkejut dan panik apabila seorang lelaki dan budak perempuan yang didukungnya membawa kain seperti bendera kumpulan Negara Islam (IS).

Lelaki yang membawa budak perempuan di bahunya itu kelihatan menyelimut kain besar seperti bendera IS di belakang manakala budak berkenaan mengibarkan bendera kecil.

Lelaki itu bertindak demikian beberapa hari sebelum ulang tahun peringatan serangan pengganas 7/7 (7 Julai) di negara berkenaan.

Polis yang berada di lokasi tersebut turut menahan lelaki berkenaan tetapi tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana mereka tidak melakukan kesalahan.

Polis terpaksa membiarkan mereka berdua terus mengibar bendera berkenaan sambil berjalan melalui pelancong dan orang ramai.

Rakyat British pada minggu lalu telah dikejutkan dengan kematian hampir 20 warga negara itu dalam serangan pengganas di pantai Tunisia oleh seorang lelaki bersenjata.

Negara Islam, British

Artikel Sebelum

Ini Wartawan Otai, Klasik

Artikel Berikut

Artikel Lain