suria

Mayat Mangsa Kebakaran Warga Malaysia Diserah Kepada Keluarga

SINGAPURA: Mayat Yusof Masrong, 49, dan Ramu Kotiah, 50, antara empat rakyat Malaysia yang mati dalam kebakaran di blok asrama pekerja asing di Lorong 4 Geylang awal Sabtu telah diserahkan kepada anggota keluarga mereka, kata seorang pegawai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.

Yusof dari Kg Ulu Bungin, Staoh, Sibu, Sarawak sementara Ramu dari Ipoh, Perak.

Jenazah Yusof akan diterbangkan ke Sibu esok. Dua lagi mangsa ialah Jubitol Rumanjing, 37, dan Maslan Musundo, 43, dari Kg Mangkapon, Pitas, Sabah.

Mayat kedua-duanya akan dibawa pulang ke Kota Kinabalu esok.

Seorang lagi mangsa Muslin Masundo iaitu abang Maslan, kini dirawat di Wad ICU Hospital Besar Singapura.

Dalam kebakaran itu, empat rakyat Malaysia meninggal sementara lapan lagi cedera.

Singapura, Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain