suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Militan Rancang Bunuh Ratu Elizabeth II

Ratu Elizabeth II
LONDON: Kumpulan militan disyaki merancang untuk membunuh Ratu Elizabeth II, demikian lapor sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Empat suspek pengganas berusia antara 19 hingga 27 tahun itu dituduh berkomplot untuk menikam ketua negara itu ketika menghadiri majlis rasmi pada Ahad.

Kumpulan itu merancang untuk menggunakan pisau sebagai senjata dalam komplot serangan berkenaan.

Elizabeth II, 88, menghadiri majlis tentera di dewan Royal Albert Hall di ibu kota ini bagi memperingati berakhirnya Perang Dunia Pertama pada 1918.

Berdasarkan maklumat risikan, komplot itu dirancang Jumaat lalu, bagaimanapun polis menangkap empat suspek itu pada malam sebelum acara tersebut berlangsung.

Polis Britain bagaimanapun tidak mendedahkan sumber yang menyalurkan maklumat itu.

Beberapa media negara berkenaan juga melaporkan empat suspek itu ditangkap dalam dua serbuan berasingan di London Barat dan Buckinghamshire.

Susulan kejadian itu, kedua-dua Elizabeth II dan Perdana Menteri, David Cameron dimaklumkan mengenai ancaman berkenaan sebagai langkah berhati-hati.

Bagaimanapun, Ratu berkenaan tetap menghadiri acara rasmi itu mengikut jadual yang ditetapkan, manakala pasukan keselamatan memperketatkan aspek keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain