"Terdapat dua kejadian pengeboman nekad menyasarkan bas yang membawa kakitangan warga Afghanistan," kata Pegawai Penyiasat Polis Kabul,Farid Afzali.
Pihak Taliban mendakwa sekurang-kurangnya 20 askar terbunuh tetapi laporan awal menyatakan hanya enam orang maut.
Enam Maut, Bas Tentera Diserang Di Kabul
Pasukan tentera mengawal kawasan yang menjadi sasaran puak Taliban. Selepas dua bas tentera diletupkan oleh mereka di Kabul pada Rabu. Enam orang terbunuh dalam dua insiden berasingan tersebut.
Puak Taliban yang menentang perjanjian keselamatan Afghanistan dengan Amerika Syarikat, mendakwa bertanggungjawab bagi kedua-dua pengeboman awal pagi Rabu ke atas bas yang membawa kakitangan tentera itu.


