suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna Kerusi Roda Berlumba Dengan Kereta Api 'Tube'

SEORANG lelaki berjaya memenangi 'perlumbaan' dengan sebuah kereta api bawah tanah 'tube' di London, hanya menggunakan kerusi roda.

Anthony Ince, 43, penghidap penyakit palsi serebrum yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua belah kakinya, melakukan perlumbaan itu dengan begitu menakjubkan.

Menerusi rakaman kamera sudut pandang, Anothony dilihat cuba untuk 'mengejar' menggunakan laluan dari Mansion House ke Cannon Street dengan masa satu minit dan 20 saat, mendahului Tube yang melalui perjalanan di bawah tanah.

Video perlumbaan kerusi roda itu dihasilkan bagi menegaskan bahawa betapa sukarnya untuk menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah London Underground.

Ia menumpukan golongan yang mempunyai masalah untuk berjalan dan memerlukan kemudahan yang melancarkan pergerakan mereka atau 'step-free access'.

Hanya 25 peratus stesen kereta api bawah tanah itu menyediakan kemudahan berkenaan.

"Saya lebih mudah untuk menggunakan perkhidmatan bas sahaja. Ia terlalu sukar untuk mengetahui di mana saya boleh atau tidak boleh lalui jika saya menggunakan tube," kata Anthony.

"Keadaan itu seolah-olah memperlihatkan kami sebagai engguna kerusi roda ini seperti dipinggirkan, walaupun betapa positifnya London menganjurkan temasya Sukan Paralimpik pada 2012," tambahnya. - metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

British Siap Sedia Gempur Isil

Artikel Lain