suria

Ancaman Serangan Pengganas Di New York, Paris - PM Iraq

Haider al-Abadi.
RANCANGAN pengganas untuk melancarkan serangan ke atas lokasi perkhidmatan kereta api bawah tanah di New York dan Paris telah terbongkar, dakwa Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi.

Ketua pelampau yang ditahan memberitahu pegawai perisikan di Baghdad mengenai rancangan untuk menyerang kedua-dua negara itu.

Beberapa pakar memberi amaran bahawa London mungkin di dalam senarai serangan kumpulan pelampau memandangkan Ahli Parlimen di negara itu melakukan undian berhubung tindakan melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pengganas yang berpangkalan di Iraq.

Haider tidak mengetahui sekiranya serangan itu pasti akan berlaku dan beliau menyerahkan butiran terperinci mengenai rancangan itu kepada agensi perisikan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Berikutan pendedahan itu, polis New York berkata mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan bekerjasama dengan FBI dan beberapa agensi lain untuk meneliti ancaman tersebut.

Walaupun pegawai AS menegaskan tiada bukti untuk menguatkan dakwaan Haider, seorang pakar berkata, Iraq mendedahkan maklumat yang boleh dipercayai mengenai rancangan pengganas pada masa lalu.


Artikel Berikut

Gempa Bumi Landa Central Alaska

Artikel Lain