suria

Ethiopian Airlines Tempah 20 Pesawat 737 MAX 8s

SINGAPURA: Ethiopian Airlines akan membeli 20 pesawat Boeing 737 MAX 8s bernilai US$2.1 bilion.

Dalam kenyataan pada Isnin, Boeing berkata pesanan itu yang sebelum ini tidak dinyatakan di laman web Boeing Orders & Deliveries, turut termasuk pilihan dan hak pembelian bagi 15 buah 737 MAX 8s lagi. 

Tempahan itu merupakan tempahan Boeing tunggal terbesar oleh sejumlah kapal terbang daripada syarikat penerbangan Afrika, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ethiopian Airlines, Tewolde Gebremariam, berkata tempahan itu menggariskan komitmen syarikat penerbangan kepada pelan strategik 15 tahun, 'Visi 2025', iaitu syarikat penerbangan akan berusaha untuk menjadi kumpulan syarikat penerbangan utama di Afrika membawa 18 juta penumpang setahun.

"737 MAX akan membentuk komponen utama visi strategik itu, mengukuhkan kumpulan pesawat jenis satu lorong dan mengekalkan kami di barisan hadapan penerbangan Afrika," katanya. 

Boeing berkata pesawat itu menggabungkan teknologi terkini ke atas enjin CFM International LEAP-1B, teknologi maju winglet dan penambahbaikan yang lain untuk memberikan kecekapan tertinggi, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang dalam pasaran satu laluan.
 
737 MAX menerima sejumlah 2,294 tempahan daripada 47 pelanggan di seluruh dunia, katanya. 

Artikel Sebelum

Kiai Dituduh Rogol 11 Anak Murid

Artikel Berikut

Artikel Lain