suria

Kotak Gergasi Diisi 2,400 Donat

Kotak gergasi yang diisi 2,400 biji donat.

KRISPY Kreme menyediakan tawaran istimewa buat pencinta donat menerusi kotak gergasi yang mengandungi 2,400 biji donat.

Kotak berukuran empat meter panjang itu diisi dengan donat 'original glazed' oleh lapan pekerja di salah satu cawangannya di Enfield, utara London.

Ia dibuat bagi menandakan pelancaran perkhidmatan terbaharu jenama itu bagi membolehkan para pelanggan membuat tempahan besar untuk majlis istimewa.

Krispy Kreme memperkenalkan kotak donat terbesar di United Kingdom.

Sebagai promosi, syarikat itu memberikan 2,400 donat yang manis dan menyelerakan itu secara percuma, bagi mana-mana pihak yang mengadakan majlis.

Mereka yang mahu memenanginya perlu menulis di tweet @krispykremeUK mengenai majlis kerja mereka dengan hashtag #BigOccasion.

Sekumpulan pekerja sedang memasukkan kotak gergasi berisi donat ke dalam lori penghantaran.

Judith Denby dari Krispy Kreme berkata: "Sama ada anda perlukan sesuatu yang ceria untuk pekerja anda, katering untuk majlis malah kek perkahwinan, Krispy Kreme menawarkan penyelesaian ideal untuk mana-mana majlis.

"Kita fikir lebih 2,000 donat ini merupakan cara paling tepat untuk memberikan keterujaan kepada para penggemar Krispy Krema dan memperlihatkan bahawa kami kini boleh didapati untuk majlis-majlis besar." - mirror.co.uk





Krispy Kreme, donat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penceroboh Lompat Pagar White House

Artikel Lain