suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Hilang Bot Tenggelam Di Republik Afrika Tengah

BANGUI (Republik Afrika Tengah): Seramai 80 hilang selepas sebuat bot tenggelam di Republik Afrika Tengah pada minggu lalu di Sungai M'pokok di selatan ibu negara itu, Bangui, kata kerajaan negara itu pada Rabu.

"Hanya kira-kira 20 orang dapat diselamatkan. Lebih 100 orang menaiki bot itu," kata menteri pengangkutan, Silvere Yabada kepada AFP.

"Persoalan kita ialah bagaimana sejumlah 100 orang bersetuju untuk menggunakan bot yang tidak sesuai digunakan itu," katanya.

Beratus-ratus orang merentasi Sungai M'poko setiap hari, antara kawasan luar bandar dan ibu negara. - AFP

bot tenggelam

Artikel Lain