suria

Presiden Ukraine Kembali Bertugas Selepas Sakit

Viktor Yanukovych
Viktor Yanukovych
Viktor Yanukovych

KIEV: Presiden Ukrainian, Viktor Yanukovych kembali bertugas pada Isnin selepas mengambil cuti sakit selama empat hari akibat jangkitan, demikian menurut sekretariat akhbarnya.

"Ya, presiden telah kembali bekerja," kata seorang jurucakap sekretariat itu tanpa memberi maklumat lanjut mengenai jadual pemimpin itu pada Isnin.

Yanukovych kembali ke pejabatnya ditengah-tengah krisis politik yang dicetuskan kumpulan penentang pentadbirannya.

Protes yang dilakukan terhadap Yanukovych sudah berlaku selama lebih dua bulan.

Keadaan Kiev kini ditutup dengan penghadang dan diduduki oleh kumpulan penunjuk perasaan sejak pihak berkuasa membatalkan perjanjian dengan Kesatuan Eropah kerana memihak kepada hubungan yang lebih rapat dengan Rusia. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain