Boeing Perkenal 787 Dreamliner Pertama, Kadar Pengeluaran Meningkat - Dunia | mStar

Boeing Perkenal 787 Dreamliner Pertama, Kadar Pengeluaran Meningkat

SINGAPURA: Boeing memperkenalkan Boeing 787 Dreamliner pertama pada kadar 10 kapal terbang setiap bulan. Pesawat 787-8 dan Dreamliner ke-155 yang dibina, akan dihantar ke International Lease Finance Corp untuk dikendalikan oleh Aeromexico, kata Boeing dalam kenyataannya.

Kadar pengeluaran 10 pesawat dua lorong sebulan itu merupakan kadar tertinggi pesawat dua lorong.

Program 787 kini meningkatkan kadar pengeluarannya tiga kali ganda dalam tempoh setahun termasuk lima pesawat sebulan pada November 2012 dan tujuh sebulan pada Mei 2013.

Pengurus besar merangkap Timbalan Presiden Penerbangan Komersil Boeing 787, Larry Loftis berkata: "Peningkatan kadar itu menggambarkan permintaan berterusan ke atas 787.

"Pendekatan ini menunjukkan bahawa kombinasi antara kumpulan pekerja dengan teknologi merupakan kunci utama bagi mencapai kadar yang lebih tinggi.

"Seluruh warga kerja 787 kini lebih memfokuskan kepada tahap kecekapan dalam sejarah pengeluaran serta memenuhi komitmen untuk meningkatkan kadar pengeluaran kepada 12 pesawat dalam tempoh sebulan pada 2016 dan 14 sebulan pada akhir dekad.

Boeing memasang 787 di dua lokasi iaitu Everett di Washington serta Utara Charleston di Carolina Selatan.

Sehingga kini, 115 pesawat 787 telah diserahkan kepada 16 pelanggan. Program ini menerima tempahan untuk 1,030 pesawat daripada 60 pelanggan di seluruh dunia. Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain