suria

Pegawai Dagang Korea Selatan Yang Diculik Di Libya Dibebaskan

TRIPOLI: Seorang pegawai perdagangan Korea Selatan yang diculik di Libya dibebaskan selepas tiga hari menjadi tebusan oleh sekumpulan lelaki bersenjata, kata Kementerian Luar Korea Selatan dan Libya.

Ketua Unit Agensi Promosi Pelaburan-Perdagangan Korea, Han Seok-Woo dibebaskan pada Rabu dan berada dalam keadaan baik.

Timbalan Menteri Luar Libya, Abdelrazak Al-Gridi memberitahu agensi berita Lana bahawa pasukan keselamatan Libya yang membebaskan pegawai itu.

Kementerian Luar Korea yang mengesahkan mengenai pembebasan itu berkata, empat lelaki bersenjata yang menculiknya telah ditangkap oleh pihak berkuasa Libya.

"Dipercayai mereka merupakan ahli kumpulan bersenjata dan pemberontak," kata Kementerian itu sambil menambah bahawa Han Seok-woo diserahkan kepada Kedutaan Korea Selatan.

"Kami menghargai usaha Kerajaan Libya untuk membantu menyelamatkan Han dan bekerjasama rapat dengan kami," katanya.

Han diculik di ibu negara Tripoli semasa dalam perjalanan pulang dari kerja pada Ahad oleh empat lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain