suria

Petronas Bawa Pulang Kakitangan Dari Selatan Sudan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 86 kakitangan Petronas dan rakyat Malaysia lain yang bertugas bagi operasi syarikat itu di sini selamat dipindahkan dari Selatan Sudan, sejak Jumaat lepas.

Menurut kenyataan Petronas di sini, Isnin hanya sebilangan kecil petugas yang sangat penting dan pekerja lain rakyat Malaysia terus berada di Selatan Sudan dan kesemua mereka selamat serta dapat dikesan. "Petronas, bersama-sama rakannya, menutup operasi luar di Selatan Sudan kecuali Blok Timur Laut. Petronas memantau rapi keadaan dan sering berkomunikasi dengan Wisma Putra untuk menilai keadaan," jelas kenyataan itu.

Pertempuran yang meletus antara kumpulan tentera yang bersengketa di bandaraya Juba seminggu lepas telah merebak ke seluruh negara ini, yang mencapai kemerdekaan daripada Sudan pada 2011 selepas berperang beberapa dekad. -BERNAMA

Artikel Lain