Perdana Menteri Senegal Bentuk Kerajaan Baru - Dunia | mStar

Perdana Menteri Senegal Bentuk Kerajaan Baru

DAKAR: Perdana Menteri baru Senegal, Aminata Toure pada Selasa membentuk kerajaan baru tanpa kehadiran Menteri Pelancongan, Youssou N’Dour.

Rombakan Kabinet itu dibuat sehari selepas Toure dilantik menggantikan Abdoul Mbaye, yang disingkirkan tanpa sebab oleh Presiden Macky Sall selepas 17 bulan berkhidmat.

Menurut kenyataan Presiden, N'Dour, pemuzik terkenal di peringkat antarabangsa, diamanahkan dengan portfolio pelancongan di bawah kerajaan sebelum ini sejak 2012.

Namun, namanya tidak disenaraikan dalam 32 ahli baru Kabinet itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain