suria

Wakil Tertinggi EU Adakan Dua Jam Pertemuan Dengan Morsi

KAHERAH: Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton mengadakan dua jam rundingan dengan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi, yang kini berada dalam tahanan sejak sejurus selepas rampasan kuasa 3 Julai, kata jurucakapnya, Selasa.

Ashton bertemu Morsi "selama dua jam," kata jurucakap, Maja Kocijancic kepada AFP.

Beliau yang berada di Kaherah untuk membincangkan krisis politik berdarah yang mencengkam negara paling ramai penduduk di dunia Arab, bertemu Morsi pada waktu malam.

Sumber-sumber memberitahu AFP bahawa beliau telah meninggalkan Kaherah dengan sebuah helikopter tentera untuk lokasi yang tidak didedahkan di mana Morsi sedang ditahan.

Pada lawatan terakhir beliau pada 17 Julai, Ashton tidak berjaya meminta untuk berjumpa dengan Morsi dan menggesa beliau dibebaskan.

Penyokongnya telah berhimpun setiap hari mendesak beliau dikembalikan dan pada Isnin berarak dari bandar-bandar utama di Kaherah ke beberapa ibu pejabat keselamatan.

Ashton, yang tiba di Kaherah lewat kelmarin, mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai berkaitan di sepanjang Isnin, termasuk Presiden interim Adly Mansour, naib presiden bagi hal ehwal antarabangsa Mohamed ElBaradei dan Ketua Tentera Umum Abdel-Fattah al-Sisi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain