suria

Pekerja Disneyland Ditahan Susulan Letupan Bom Di California

ANAHEIM (California): Polis menahan seorang pekerja Disneyland kerana disyaki meletakkan sejenis bahan letupan ais kering ke dalam tempat pembuangan sampah taman tema berkenaan, lapor pihak berkuasa, Khamis.

Bagaimanapun, tiada pengunjung dilaporkan cedera dalam letupan kecil itu.

Susulan itu, pihak pengurusan mengarahkan orang ramai mengosongkan tempat kejadian yang terletak di bahagian Mickey’s Toontown.

Polis bertugas, Sarjan Bob Dunn, berkata pekerja di bahagian Long Beach, Christian Barnes, 22, ditahan beberapa jam selepas letupan bagi membantu siasatan kerana memiliki bahan peledak berkenaan.

Dalam pada itu, pihak polis masih belum mengenal pasti sama ada Barnes terbabit dengan letupan itu.

Dunn berkata, pihaknya akan meneliti rakaman yang diambil menerusi kamera pengawasan di tempat terbabit.

Artikel Lain