suria

Kerajaan Liuzhou Bayar 80,000 Yuan Setiap Tahun Untuk Subsidi Kos Perundangan

LIUZHOU (Guangxi): Kerajaan tempatan Liuzhou memperuntukkan 80,000 yuan (kira-kira RM38,585.52) setiap tahun untuk subsidi kos perundangan bagi wanita yang berada di bawah paras kemiskinan di bandar ini.

Subsidi kos perundangan itu diperkenalkan sejak 2006 untuk membantu wanita miskin membiayai kos bagi kes-kes berkaitan hak dan kepentingan wanita dan kanak-kanak, kata presiden Persekutuan Wanita Liuzhou, Wei Dong.

Kes-kes perundangan itu antaranya melibatkan keganasan rumah tangga, konflik antara suami isteri, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian.

Bagaimanapun, jumlah wanita yang telah mendapat faedah daripada subsidi itu tidak diketahui.

Bagi wanita yang tidak termasuk dalam kategori di bawah garis kemiskinan, Wei berkata Persekutuan Wanita Liuzhou akan memberi subsidi sehingga 2,000 yuan untuk wanita yang tidak mampu membayar yuran perundangan.

"Terdapat satu pasukan terdiri dari 100 peguam sukarela menyediakan khidmat nasihat perundangan percuma sebelum tindakan undang-undang diambil," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain