suria

Kebakaran Hutan Di California Semakin Buruk

Sebuah helikopter menjatuhkan bom air bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak.
Sebuah helikopter menjatuhkan bom air bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak.
Sebuah helikopter menjatuhkan bom air bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak.

LOS ANGELES: Kebakaran hutan di Selatan California semakin marak pada sehingga memaksa penduduk dan para pelajar di sebuah universiri berhampiran dipindahkan untuk mengelakkan perkara tidak diingin berlaku.

Kebakaran tersebut bermula awal pagi waktu puncak di sepanjang lebuh raya utama kira-kira 80km barat laut, Los Angeles.

Ia merebak dengan cepat berikutan berlaku perubahan angin.

Menurut Jabatan Bomba Ventura County, lebih 32km persegi kawasan hutan belukar tebal terbakar.

"Kami tahu kebakaran akan menjadi semakin teruk tetapi ketika ini, anggota bomba terus bertungkus lumus memadamkan api yang mula mengancam rumah penduduk," kata jurucakap bomba, Bill Nash.

Beberapa kenderaan rekreasi yang berada di tempat parkir musnah apabila kebakaran itu mula merebak ke rumah taman bergerak.

Kira-kira 15 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut.

Tiada anggota bomba yang dilaporkan cedera.

Artikel Sebelum

Artikel Lain