suria

Mahkamah Tolak Permintaan Mubarak Agar Dibebaskan

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Isnin menolak permintaan bekas Presiden Hosni Mubarak untuk dibebaskan daripada penjara bagi menjalani siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Pihak pendakwa raya sebelum ini meminta pihak mahkamah untuk menahan Hosni selama 15 hari untuk menjalani siasatan tersebut.

Bekas Presiden berusia 84 tahun itu kini ditahan di hospital di penjara Tora di selatan Kaherah. - AFP

Artikel Lain