suria

Pelajar Venezuela Protes Di Luar Kedutaan Cuba

CARACAS: Sekumpulan pelajar Venezuela telah mengadakan protes di luar Kedutaan Cuba di Caracas dengan memakai rantai dan mengutuk tindakan Cuba yang dikatakan campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

Sementara Presiden Hugo Chavez masih berada di pulau bagi menjalani rawatan kanser.

Kumpulan pelajar tersebut menyanyikan lagu kebangsaan, memakai rantai dan tali dibalut di sekeliling badan mereka yang terikat dengan kunci.

Mereka berkata pemimpin Cuba tidak wajar campur tangan dalam urusan negara tersebut dikala Chavez berada di Havana lebih daripada dua bulan selepas pembedahan keempat penyakit kanser.

Chavez dilaporkan tidak bercakap sejak sebelum operasi pada 11 Disember lalu.-AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain