suria

Dakwaan Terima Rasuah, Presiden PKS Ditahan

JAKARTA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia buat pertama kalinya menahan seorang pemimpin tertinggi parti Islam di negara itu atas dakwaan rasuah.

Jurucakap suruhanjaya itu, Johan Budi berkata pada Khamis bahawa Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Luthfi Hasan Ishaaq ditahan selepas dipercayai menerima rasuah untuk mendapatkan kontrak kerajaan bagi seorang pengimport daging, PT. Indoguna Utama.

PKS adalah parti Islam terbesar di Indonesia yang menyokong kerajaan.

Budi berkata Ishaaq ditahan reman pada Rabu, dua hari selepas dua pengarah syarikat dan pembantunya ditahan di sebuah hotel di Jakarta.

Pegawai penyiasat menemui wang tunai bernilai AS$103,000 (RM320,000) di dalam sebuah kereta milik pembantunya.

Ishaaq bagaimanapun mengakui tidak melakukan kesalahan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain