suria

Korea Selatan Lancar Roket Ke Angkasa Pertama

SEOUL: Korea Selatan melancarkan sebuah roket pada Rabu dalam percubaan ketiganya selepas negara jiran, Korea Utara menjayakan misi sama bulan lalu.

Selepas gagal pada 2009 dan 2010, adalah amat penting bagi Korea Selatan untuk memastikan masa depan program ruang angkasanya berjaya.

Mereka ingin merealisasikan impian negara itu untuk mendapat keahlian penuh kelab angksa global elit.

Roket (KSLV-I) seberat 140 tan itu dilancarkan pada pukul 4 petang waktu tempatan dari pusat angksa Naro di pantai Selatan.

Pegawai pusat ruang angkasa berkata, roket itu akan mengambil masa selama sembilan minit dengan peringkat pertama dibina oleh Rusia manakala peringkat kedua oleh Korea Selatan untuk mencapai sasaran altitud dan mengatur beban muatan satelit tersebut.

Sekiranya berjaya, ia memberi impak besar kepada Korea Selatan dalam meneroka teknologi ruang angkasa yang menelan perbelanjaan besar.

Meskipun program itu berjaya, Korea Selatan masih ketinggalan untuk menyaingi kuasa besar Asia seperti China, Jepun dan India.

Artikel Sebelum

NASA Lancar Satelit Komunikasi

Artikel Berikut

Artikel Lain